Jumaat, 27 Februari 2009

Erti Sebuah Kenangan


Setiap kenangan yang tercipta adalah saat yang paling diingati, walaupun kadang-kala kenangan itu menyakitkan, namun kerana kesakitan itu mampu membuat kita lebih matang, berani dan tabah menghadapi dugaan. Kita tidak boleh lari dari kenangan kerana kenangan akan tercipta apabila siang menampakkan dirinya di ufuk timur dan malam melabuh tirainya.

Walau kau berlari hingga ke hujung dunia ia akan menjejaki mu, walau kau selam ke lautan dalam ia akan mengekori mu, walau kau mendaki gunung yang tinggi ia akan mengapaimu, walau kau bersembunyai ia akan memcari mu.

Selagi kau masih bernafas di muka bumi ini, kenangan itu akan sentiasa bersama mu walaupun disaat kau suka, saat kau derita, saat kau terluka, saat kau ketawa, saat kau keseorangan, saat kau kesepian ia akan sentiasa bersama menemani mu tanpa rasa jemu.

Hidup ini akan lebih indah jika dihiasi dengan kenangan yang terindah, namun jika kenangan yang terperit hadir menghiasi diari kenangan mu, ianya hanya sebagai pendorong yang memberi kekuatan untuk mu menghadapi hari-hari yang penuh liku dan mencabar.

Tajuk : Erti Sebuah Kenangan
Nukilan rasa : Sakura