Khamis, 23 April 2009

Ohhh...Petrosains/Dinotrek
























































Seminggu yang lalu aku bawa adik aku jalan-jalan di KL bersama seorang rakan serumah aku yang kebetulan mahu pulang ke rumahnya di Putrajaya. Kami bertolak awal ke KLCC untuk menara berkembar yang tertinggi di dunia. Namun harapan kami hampa kerana keinginan kami tidak tercapai kerana kehabisan tiket.errrr....geram tul rasanya,tapi tidak mengapa kami masuk saja ke DINOTREK dan PETROSAINS. Wahhhhh...... hebat betul ciptaan manusia yang serba canggih dengan terkonologi yang terkini. Kami tawaf satu bangunan tu dan pelbagai pengalaman dan pengetahuan baru yang kami perolehi semasa berada dalam sana. Terfikir aku untuk membawa anak-anak murid aku datang ke sini apabila aku sudah bergelar seorang guru nanti. Mereka boleh belajar dan tengok serta alami sendiri apa mereka tidak pernah alami. Kepada kawan-kawan aku datang ke sini kerana banyak ilmu yang dapat dijadikan panduan untuk kita mengajar suatu hari nanti InsyAllah.......................

Tajuk: Petrosains dan Dinotrek
Nukilan rasa : Sakura

Khamis, 2 April 2009

KERANA POSTER....


Tugasan minor aku memang memenatkan. Terpaksa perah otak, mencuri masa, bekerja keras, tenaga dan keringat dan menghabiskan duit untuk menyiapkanya. Aku dan beberapa orang teman mengambil minor GEOGRAFI sebagai subjek kedua kami iaitu AKU, MEK, HAJAR, RASIDAH, WAN, ANATI dan LINDY dan kami dalam satu pasukan. Penat!!!!!!!!! Usah dihitung dengan jari. Pelbagai pengalaman, kerja dan lain-lain lagi yang terpaksa kami lakukan untuk melakukan tugasan minor. Kami pernah menjelajah Pulau Pangkor, Kuala Sepetang dan lain-lain lagi, tapi yang paling memenatkan kami ialah membuat kajian berkaitan kualiti air. Kami memilih Sungai Hilir Perak, Teluk Intan sebagai lokasi kajian. Kajian kami lebih berfokus kepada ciri-ciri kimia yan terdapat dalam air sungai tersebut. Yang paling meletihkan, kajian harus di hantar dalam bentuk poster. Sudah la kena turun lokasi, pastu kena pulak print poster yang harga cukup mahal (RM 50 beb...), tapi tak apa, demi pensyarah yang disayangi...heheee. Walaupun terpaksa menghasbiskan duit, tenaga dan masa itu semua memberi kepuasan kepada kami kerana dapat menambah pengalaman dan membina jati diri. Bermula daripada 30 Mac hinggalah 3 April kami semua terpaksa bersengkang mata untuk menjaga tapak pemeran poster yang pastinya membuahkan kepenatan yang tidak terhingga. Paling menyeronokkan apabila poster kami mendapat perhatian ramai orang, entah.. mungkin cantik kot......syabas kepada teman ku MEK.. bertungkus lumus menjawab soalan maut daripada pensyarah kami En. Hairy. Kebetulan syif dia yang jaga poster, nasib kau la.......... walau bagaimanapun, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kumpulanku yang BEST gilerrr.....sem ni adalah sem terakhir kami mengambil subjek Geografi bersama dan bekerjasama dalam satu pasukan. Pastinya kenangan bersama kalian semua tidak akan aku lupaka begitu juga kalian aku harapkan. Kemaafan dipinta andai ada yan terguris, namun itu semua ragam kehidupan. Semoga kalian semua berjaya menjadi CIKGU yang disegani dan dihormati.

Tajuk: Kerana.........
Nukilan rasa: Sakura




















Rabu, 1 April 2009

SEHARI DI KUALA SEPETANG

23 Mac 2009 yang lalu, kami khusus Kajian Alam Sekitar telah berkunjung ke Bandar Warisan iaitu Bandar Taiping. Destinasi tujuan kami ialah ke Kuala Sepetang yang cukup terkenanl dengan keunikan hutan bakaunya. Ketibaan kami telah disambut dengan meriah oleh Pegawai Jabatan Perhutan Kuala Sepetang yang setia menunggu walaupun sebuah bas kami mengalami kelewatan kerana masalah tayar pancit.
Kami sempat berkunjung ke Danau membuat kayu arang. Keadaan sekitar kawasan tersebut sungguh menyesatkan nafas. Apa yang kami peroleh selepas berkunjung ke Danau membuat kayu arang, sebuah keinsafan dan kesedaran bahawa walaupun kita orang susah namun masih ada lagi orang lebih susah daripada kita. Melihat seraup wajah tua yang membanting tulang untuk mencari sesuap nasi sungguh menyedikan, namun kerana kesuntukan masa kami tidak dapat berbual lebih lama dengan warga tua yang berkerja di dapur arang. Kami sempat melihat bagaimana proses membuat kayu arang dari mula hingga terjadinya kayu arang. Walaupun keadaan kawasannya berhabuk, panas dan menyesakkan nafas kami tidak mengendahkan semua itu, asalkan boleh melihat dengan sendiri semua proses untuk membuat kayu arang. Menurut Pegawai Jabatan Perhutan Perak, kayu arang Kuala Sepetang adalah bermutu tinggi dan Korea menjadi pengimport yang setia. Selain itu, arang kayu bakau juga boleh dibuat barang kosmetik dan ubat sakit kaki.
Selepas itu, kami menjelajah pula hutan paya bakau. Hutan paya bakau di Kuala Sepetang adalah hutan yang paling besar menyimpan kayu bakau di Semenanjung Malaysia dan hutan ini juga menghasilkan kayu bakau yang bermutu tinggi. pelbagai jenis spesis pokok bakau yang terdapat dalam hutan ini antaranya ialah bakau minyak dan bakau rasa. Hutan bakau juga turut dihuni oleh binatang seperti ketam, udang, ikan dan sebagainya.
Lewat petang kami berkunjung ke warong ‘mak jah’ untuk menjamah ‘MEE UDANG’ yang cukup terkenal di kawasan ini malah majalah 3 juga pernah berkunjung ke sini. Selepas menjamah ‘mee udang’ Kuala Sepetang kami bertandang pula ke Bandaraya Diraja iaitu Kuala Kangsar. Disini kami melihat bahagian tengah sungai perak dan beberapa orang pelajar membuat kajian berkaitan kualaiti air sungai tersebut. Seterusnya kami singgah di masjid ‘UDAIBIAH’ untuk solat sambil menyaksiakan keindahan masjid tersebut.
Selepas solat kami bertolak pulang ke UPSI, walaupun perjalan kami hanya mengambil masa sehari, tetapi banyak pengalaman dan pengajaran yang kami dapat untuk dijadikan panduan dalam hidup dan terima kasih di ucapkan kepada Pegawai Hutan Perak Kuala Sepetang dan tidak lupa kepada makcik dan pakcik yang berkerja di Dapur Kayu Arang seterusnya kepada Encik Hairy (pensyarah) yang membawa kami kesana. Sesungguhnya jasa kamu semua tidak kami lupakan.

Tajuk: Sehari di Kuala Sepetang
Nukilan rasa: Sakura