23 Mac 2009 yang lalu, kami khusus Kajian Alam Sekitar telah berkunjung ke Bandar Warisan iaitu Bandar Taiping. Destinasi tujuan kami ialah ke Kuala Sepetang yang cukup terkenanl dengan keunikan hutan bakaunya. Ketibaan kami telah disambut dengan meriah oleh Pegawai Jabatan Perhutan Kuala Sepetang yang setia menunggu walaupun sebuah bas kami mengalami kelewatan kerana masalah tayar pancit.
Kami sempat berkunjung ke Danau membuat kayu arang. Keadaan sekitar kawasan tersebut sungguh menyesatkan nafas. Apa yang kami peroleh selepas berkunjung ke Danau membuat kayu arang, sebuah keinsafan dan kesedaran bahawa walaupun kita orang susah namun masih ada lagi orang lebih susah daripada kita. Melihat seraup wajah tua yang membanting tulang untuk mencari sesuap nasi sungguh menyedikan, namun kerana kesuntukan masa kami tidak dapat berbual lebih lama dengan warga tua yang berkerja di dapur arang. Kami sempat melihat bagaimana proses membuat kayu arang dari mula hingga terjadinya kayu arang. Walaupun keadaan kawasannya berhabuk, panas dan menyesakkan nafas kami tidak mengendahkan semua itu, asalkan boleh melihat dengan sendiri semua proses untuk membuat kayu arang. Menurut Pegawai Jabatan Perhutan Perak, kayu arang Kuala Sepetang adalah bermutu tinggi dan Korea menjadi pengimport yang setia. Selain itu, arang kayu bakau juga boleh dibuat barang kosmetik dan ubat sakit kaki.
Selepas itu, kami menjelajah pula hutan paya bakau. Hutan paya bakau di Kuala Sepetang adalah hutan yang paling besar menyimpan kayu bakau di Semenanjung Malaysia dan hutan ini juga menghasilkan kayu bakau yang bermutu tinggi. pelbagai jenis spesis pokok bakau yang terdapat dalam hutan ini antaranya ialah bakau minyak dan bakau rasa. Hutan bakau juga turut dihuni oleh binatang seperti ketam, udang, ikan dan sebagainya.
Lewat petang kami berkunjung ke warong ‘mak jah’ untuk menjamah ‘MEE UDANG’ yang cukup terkenal di kawasan ini malah majalah 3 juga pernah berkunjung ke sini. Selepas menjamah ‘mee udang’ Kuala Sepetang kami bertandang pula ke Bandaraya Diraja iaitu Kuala Kangsar. Disini kami melihat bahagian tengah sungai perak dan beberapa orang pelajar membuat kajian berkaitan kualaiti air sungai tersebut. Seterusnya kami singgah di masjid ‘UDAIBIAH’ untuk solat sambil menyaksiakan keindahan masjid tersebut.
Selepas solat kami bertolak pulang ke UPSI, walaupun perjalan kami hanya mengambil masa sehari, tetapi banyak pengalaman dan pengajaran yang kami dapat untuk dijadikan panduan dalam hidup dan terima kasih di ucapkan kepada Pegawai Hutan Perak Kuala Sepetang dan tidak lupa kepada makcik dan pakcik yang berkerja di Dapur Kayu Arang seterusnya kepada Encik Hairy (pensyarah) yang membawa kami kesana. Sesungguhnya jasa kamu semua tidak kami lupakan.
Tajuk: Sehari di Kuala Sepetang
Nukilan rasa: Sakura
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan