Tugasan minor aku memang memenatkan. Terpaksa perah otak, mencuri masa, bekerja keras, tenaga dan keringat dan menghabiskan duit untuk menyiapkanya. Aku dan beberapa orang teman mengambil minor GEOGRAFI sebagai subjek kedua kami iaitu AKU, MEK, HAJAR, RASIDAH, WAN, ANATI dan LINDY dan kami dalam satu pasukan. Penat!!!!!!!!! Usah dihitung dengan jari. Pelbagai pengalaman, kerja dan lain-lain lagi yang terpaksa kami lakukan untuk melakukan tugasan minor. Kami pernah menjelajah Pulau Pangkor, Kuala Sepetang dan lain-lain lagi, tapi yang paling memenatkan kami ialah membuat kajian berkaitan kualiti air. Kami memilih Sungai Hilir Perak, Teluk Intan sebagai lokasi kajian. Kajian kami lebih berfokus kepada ciri-ciri kimia yan terdapat dalam air sungai tersebut. Yang paling meletihkan, kajian harus di hantar dalam bentuk poster. Sudah la kena turun lokasi, pastu kena pulak print poster yang harga cukup mahal (RM 50 beb...), tapi tak apa, demi pensyarah yang disayangi...heheee. Walaupun terpaksa menghasbiskan duit, tenaga dan masa itu semua memberi kepuasan kepada kami kerana dapat menambah pengalaman dan membina jati diri. Bermula daripada 30 Mac hinggalah 3 April kami semua terpaksa bersengkang mata untuk menjaga tapak pemeran poster yang pastinya membuahkan kepenatan yang tidak terhingga. Paling menyeronokkan apabila poster kami mendapat perhatian ramai orang, entah.. mungkin cantik kot......syabas kepada teman ku MEK.. bertungkus lumus menjawab soalan maut daripada pensyarah kami En. Hairy. Kebetulan syif dia yang jaga poster, nasib kau la.......... walau bagaimanapun, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kumpulanku yang BEST gilerrr.....sem ni adalah sem terakhir kami mengambil subjek Geografi bersama dan bekerjasama dalam satu pasukan. Pastinya kenangan bersama kalian semua tidak akan aku lupaka begitu juga kalian aku harapkan. Kemaafan dipinta andai ada yan terguris, namun itu semua ragam kehidupan. Semoga kalian semua berjaya menjadi CIKGU yang disegani dan dihormati.
Tajuk: Kerana.........
Nukilan rasa: Sakura
Tajuk: Kerana.........
Nukilan rasa: Sakura
Tiada ulasan:
Catat Ulasan