Rabu, 1 Disember 2010

IMPIAN YANG TERPENDAM

salam semua...aku kini sudah bergelar seorang guru...hari-hari yang bakal aku lalui nanti pastinya penuh dengan cabaran dan dugaan yang aku sendiri tidak tahu bertapa getirnya cabaran itu, namun aku berdoa agar apa yang bakal aku tempuhi pada masa-masa akan datang akan memberi sebuah kehidupan yang bermakna. SMK CLIFFORD...suatu nama yang akan meniti dibibirku selepas ini, yang akan menyimpan suka dan duka seorang guru dan pelbagai cerita akan tercipta. impian aku agar dapat aku melakar sebuah sejarah yang terindah dan sebuah cerita yang menarik sepanjang aku berada disini.harapan aku agar dapat aku menaburkan ilmu dan bakti kepada anak bangsaku yang tercinta.semoga aku dan mereka dapat melakar sebuah kisah yang panjang dan penuh dengan kasih sayang serta pengorbanan....

catatan: SAKURA

Khamis, 14 Januari 2010

DEBARAN<<<<

ah...hari yang dinantikan akan tiba dalam beberapa hari lagi. Debaran jantung ku semakin laju selaju kereta F1..haha.. itu hanyalah kiasan sahaja. Aku bakal menjalani praktikal bersama dengan beberapa orang rakan yang aku tidak kenali langsung. tapi tak pa semuanya ditanggung beres. agaknya berginilah perasaan orang lain untuk memulakan sesuatu yang baru dalam hidup, bukan tak pernah rasa tapi situasi ini mencemaskan sedikit. Bukan senang nak jadi pendidik yang berdedikasi kan. Semoga kami semua dapat menjalankan praktikal ini dengan jayanya dan kepada semua rakan aku,jumpa nanti pada hari konvo InsyaAllah!!!

Sakura

KESEDIHAN..............

Terasa hangatnya air mata yang menitis dipipi ini tatkala aku melihat pemergian insan tersayang aku di depan mata. Tiada kata yang harus aku ucapkan selain dengan menatap sayu sekujur tubuh yang kurus itu pergi meninggalkan kami semua dengan pelbagai kekesalan, kesedihan dan tangisan yang menusuk kalbu. Namun semuanya ketentuan Ilahi yang maha mengetahui. Semua ini menyedarkan kita bahawa hidup ini tidak lama bila masanya sudah tiba akan pergi jua ke muara pencipta. Sedih, hiba dan tangisan jangan dijadikan teman hidup ini walaupun itu adalah teman setia yang paling kerap menemani kita saban waktu tetapi doa dan tahalil akan menyerikan lagi kehidupan yang kekal abadi itu. Semoga dia ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat oleh Ilahi Amin..............

SAKURA

Sabtu, 24 Oktober 2009

BOLING>>>>






aku kembali lagi.................. kali ini dengan kisah boling.... gara-gara penat buat tesis dan baca buku untuk exam, aku ikut pelawaan sue pergi makan angin di Rawang. Aku ingat sue nak pergi jalan-jalan je la rupa-rupanya ajak main boling,wah best juga sekali sekala main boling ni. Apa lagi kami main sampai tak ingat dunia la kebetulan waktu itu tak ada pengunjung yang ada selain kami je, apa lagi tempat tu kami yang punya la...masa main hilang semua masalah,puas rasanye...tapi lepas balik rumah sakit tangan tak tahu nak cakap la...sabor je la.APa-apaun terima kasih kepada kawan-kawan yang buat hidup aku ceria selalu......

Rabu, 7 Oktober 2009

MALAM INTERAKSI DAN PERPADUAN





minggu lepas persatuan Bahasa Melayu mengadakan majlis jamuan raya berserta malam interaksi dan perpaduan yang wajid diadakan setiap tahun. Bertemakan raya, persembahan yang dilakukan oleh semua pelajar bagus walaupun persiapan yang dilakukan dalam keadaan yang tergesa-gesa pada fikiranku, mungkin mereka adalah budak-budak yang baru belajar, kita yang dah tahu ni kena la bagi tunjuk ajarkan...

Apa yang aku rasa sedih malam tu, ucapan rakanku yang mengatakan bahawa itu adalah persembahan terakhir daripada kami sem 7,terasa sepi dan sayu juga nak tinggalkan UPSI. Empat tahun menimba ilmu,mencari pengalaman,mencipta kenangan seolah-olah baru semalam saja melangkah masuk ke sini..tapi rupa-rupanya sudah mencecah empat tahun dan tahun ini adalah tahun terakhir. Aku harap semua akan mencapai kejayaan walau dengan cara yang berlainan. Semoga cita-cita kita tercapai dan pesanan aku untuk semua rakan-rakan seperjuangan berbaktilah dengan iklas dan didiklah anak bangsa kita agar menjadi bangsa yang disanjung tinggi...

Jumaat, 2 Oktober 2009

PERINGATAN UNTUK SEMUA


Sewaktu aku dan kawan2 berada di Johor Bharu kerana menghadiri persidangan Antarabangsa di Persada Johor, kami dikejutkan dengan berita gempa bumi yang melanda Indonesia. MasyaAllah, baru dikejutkan dengan Tsunami beberapa tahun yang lepas, kini Indonesia dilanda lagi dengan benca alam yang cukup hebat sehinggakan boleh terasa gegaran itu di negara kita. Al-fatihah kepada mangsa yang terbunuh. Kita di Malaysia seharusnya bersyukur kerana terhindar daripada bencana alam yang sering terjadi kerana salah satu faktornya kita berada diluar Lingkaran Api Pasific yang berkemungkinan bebas daripada bencana alam seperti letusan gunung berapi,tsunami, gempa bumi dan lain-lain. Namun itu semua tidak menjajikan keselamatan yang berpanjangan kerana semua adalah ketentuan daripada Ilahi. Kita sebagai hambanya yang hina seharusnya sentiasa berdoa agar kita dijauhkan daripada segala malapetaka tersebut. Semua bencana-bencana yang menimpa adalah salah satu peringatan Allah kepada umat manusia agar kita tidak melupakannya walau dalam apa keadaa sekalipun baik aman, senang dan dukacita. semua adalah ketentuan Allah kita sebagai hamba sentiasa mengingatiNya yang Esa.

PERSIDANGAN ANTARABANGSA, BAHASA MELAYU BAHASA DUNIA






28-30 september yang lalu satu persidangan antarabangsa telah dijalankan di Persada Johor Bharu bagi membincangkan isu-isu berkaitan dengan Bahasa Melayu (BM). BM seumpama dipinggirkan apabila Bahasa Inggeris diajarkan dalam mate dan sains disekolah. semua yang yang hadir dalam persidangan tersebut adalah tokoh-tokoh bahasa yang sangat terkenal seperti Prof.Emaritus Nik Safiah Karim,Prof. Emaritus Abdullah Hassan, Prof. Hamid Mohammad,Prof Awang Sarian,dan juga deligasi-deligasi dari negara luar seperti Rusia, Thailand,Indonesia,Singapura, China,dan Jepun. Aku rasa bertuah kerana antara peserta yang turut terlibat menjayakan persidangan tu. Kami menginap di Hotel Puteri Pasific yang cukup mewah bertaraf tiga bintang. Malam kedua kami disana, kami berkunjung pula ke rumah kediaman Menteri Besar Johor atas jemputan makan malam bersama beliau. selama 4 hari persidangan itu berlangsung, pelbagai ilmu yang aku dapat. bertambahkan rasa cinta dan sayang aku kepada bahasaku sendiri. Tiada orang lain yang akan memartabatkan bahasa kita selain kita sendiri. walaupun kita dilanda dengan ICT namun, untuk menunjukkan jati diri kita yang sebenar jangan lupa bahasa kita sendiri. Bernarlah kata yang sering diucapkan "Bahasa Jiwa Bangsa". sematkan dalam hati dan minda supaya kita tidak jadi pengkhianat bahasa sendiri. Walau apapun aku dengan pendirianku sendiri dan harapan aku agar semua bangsa Melayu di Alam Melayu ini mencintai Bahasa Melayu itu kerana BAHASA MELAYU MAMPU MENJADI BAHASA DUNIA.