Ahad, 12 Julai 2009

KERJA











Tak pernah aku bekerja sepanjang 21 tahun umurku, tapi pada cuti sem yang lalu aku terpaksa bekerja kerana mengalami masalah kewangan yang agak serius. tu lah pengalaman yang tidak dapat ku lupakan. Jutaan terima kasih kepada sahabatku Acu yang mengesyorkan kerja tersebut. Kerja aku hanya memasukkan data ke dalam komputer sahaja, tapi penatnya Allah saja yang tahu kerana banyak sangat data yang nak kena masukkan. Aku kerja di bawah jabatan Kebajikan Masyarakat Gerik. pelbagai data yang aku masuk, paling menyedihkan satu kes dimana seorang pelajar yang menghantar surat kepada gurunya meminta tolong untuk dimaksukkan ke rumah anak yatim kerana bapa saudaranya seperti iblis yang cuba ambil kesempatan ke atas dirinya dan adiknya. Allahdulillah akhirnya permohonanya diterima dan di selenggara di bawah JKM. Satu lagi kes dimana seorang pelajar menikam ayahnya kerana ayah seorang yang panas baran dan pemabuk. budak lelaki itu bertindak kerana tidak tahan melihat ibu dipukul oleh bapanya dan bapanya telah mencuri rantai leher milik adik perempuannya dan sekarang budak lelaki itu ditempatkan dirumah pemulihan akhlak di Taiping. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang baru aku kenal semasa berkerja iaitu Fida,Ana dan Nadia, serta wani kawan baik ku sejak sekolah lagi.Celoteh dan ragam mereka tidak dapat aku lupakan dan harapanku agar Ukuwah kami semua berpanjangan...Amin.

BERBUDI PADA TANAH DAPATLAH HASILNYA
















Musim cuti semester adalah waktu yang paling best kerana boleh duduk saja tak payah fikir pasal essessment ke apa ke, tapi cuti yang panjang ini aku tak buang masa duduk saja sebaliknya aku habiskan masa dengan menanam sayur. Bukanlah pandai sangat tapi cuba-cuba saja. Tak la banyak sekadar untuk makan sendiri dan suka-suka saja. Macam-macam aku tanam seperti cili, terung, tomato, kacang dan lain-lain. Harap-harap lepas aku sambung belajar balik mak aku tolong jaga la pokok tu semua. jika kita berbudi pada tanah, kitalah yang dapat untungnya..kan