Tak pernah aku bekerja sepanjang 21 tahun umurku, tapi pada cuti sem yang lalu aku terpaksa bekerja kerana mengalami masalah kewangan yang agak serius. tu lah pengalaman yang tidak dapat ku lupakan. Jutaan terima kasih kepada sahabatku Acu yang mengesyorkan kerja tersebut. Kerja aku hanya memasukkan data ke dalam komputer sahaja, tapi penatnya Allah saja yang tahu kerana banyak sangat data yang nak kena masukkan. Aku kerja di bawah jabatan Kebajikan Masyarakat Gerik. pelbagai data yang aku masuk, paling menyedihkan satu kes dimana seorang pelajar yang menghantar surat kepada gurunya meminta tolong untuk dimaksukkan ke rumah anak yatim kerana bapa saudaranya seperti iblis yang cuba ambil kesempatan ke atas dirinya dan adiknya. Allahdulillah akhirnya permohonanya diterima dan di selenggara di bawah JKM. Satu lagi kes dimana seorang pelajar menikam ayahnya kerana ayah seorang yang panas baran dan pemabuk. budak lelaki itu bertindak kerana tidak tahan melihat ibu dipukul oleh bapanya dan bapanya telah mencuri rantai leher milik adik perempuannya dan sekarang budak lelaki itu ditempatkan dirumah pemulihan akhlak di Taiping. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang baru aku kenal semasa berkerja iaitu Fida,Ana dan Nadia, serta wani kawan baik ku sejak sekolah lagi.Celoteh dan ragam mereka tidak dapat aku lupakan dan harapanku agar Ukuwah kami semua berpanjangan...Amin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan