Selasa, 11 Ogos 2009
CERITA DI LANGKAWI
Lama rasanya aku tidak menjengah ruang blog ini, sibuk la akhir-akhir ni. Cerita aku kali ini ialah kisah percutianku bersama-sama kawan-kawan ke utara tanah air iaitu Langkawi. Teruja rasanya pertama kali menaiki keretapi selama 12 jam, tapi rasanye aku dah tak mau naik lagi keretapi sejauh tu (Tanjong Malim-Perlis). Tiba di Arau kami menuju ke jeti untuk ke Langkawi.....best sangat sebab inilah pertama kali pergi ke sana bersama kawan2. Yang terindah itu ialah kenangan dan yang terperit pun ialah kenangan....kan..kat Langkawi kami tempuh macam2 dugaan...betullah kata orang pengalaman membuat kita lebih berhati-hati..kawan2 aku yg ke sana 4 org je Acu, yana, Zaitul dan Ain..Mek tak ikut.. kami faham masalah yang dihadapinya walau bagaimanapun kami boleh berkongsi cerita....AB Motel tempat kami melepaskan penat lelah...boleh tahan perkhidmatan yang disediakan. Ain dan Acu masing2 boleh bawa kereta tapai sebab dah lama tak bawa macam masalah yang timbul...kereta mati tengah jalan.....kereta mati masa tengah naik bukit....kereta tak boleh nak undur...tak boleh nak paking...kena tahan dengan JPJ tu yang tak tahan nasib baik kami ni pelancong dan bergelar pelajar jadi selamat lah kami dariapda mendapat surat cinta daripada abang polis tu... dan macam2 lagi..tapi orang Langkawi baik2 semua. Tak ada pun orang yang membunyikan hon sewaktu kami mengalami masalah tersebut sebaliknya mereka hanya tunggu dan tersenyum saja...mungkin mereka faham kami ni pelancong katakan.....paling menggerunkan sewaktu menaiki Cabal Car untuk ke puncak gunung Cincang...aku ok je xde la rasa gayat...tapi Acu ngan Yana pucat muka mungkin tidak pernah naik bukit kot budak2 tu....aku agak2 je la. Selepas penat melancong di Langkawi selama 2 malam 3 hari..aku merantau lak ke negeri Perlis Indra Kayangan. Boleh tahan negerinya..ada tanaman anggur..taman herba, taman ular, gua musang dan lain2 lagi tempat menarik.. yang tak dapat aku lupa sempat la aku menerjah kawan aku disana...seronok dapat kenakan kawan2.....kalau siapa2 yang baca blog ni aku syorkan terokailah khazanah negara kita yang sangat kaya dengan keindahan alam semula jadinya yang unik dan bertaraf dunia.
Nukilan : Sakura
Tajuk: Cerita di Langkawi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan