Ramadhan menjengah lagi, rindunya pada kampung halaman, rindu suasana ramadhan dikampaung, bertukar juadah dengan jiran, solat tarawih bersama rakan-rakan dan yang paling seronok semasa makan 'moreh'. tapi itu kenangan dulu, kini aku diselatan, kawan-kawan aku diutara, timur dan barat tanah air selain ada juga yang keluar negara. semua ada komitmen sendiri, kampung umpama sepi tanpa keriuhan kami.....kalau dulu, malam ramadhan sudah main mercun atau bunga api,dan berangan2 nak tunggu malam Lailatulqadar...kalau dapat diputarkan waktu pasti mahu kembali zaman kanak-kanak nan indah,tidak kenal erti masalah, bahagia sentiasa. Genap 26/08/2009 bersamaan dengan 5 ramadhan aku menyambut hari lahir aku yang ke..... sememangnya aku sudah dewasa dan ramadhan ini buat pertama kalinya dalam hidup aku sambut bersama dengan ramadhan bulan yang paling suci semoga bersama-sama ramadhan ini aku mendapat berkat daripada Yang Maha Esa. Tidak aku lupa pada kawan baik aku yang memberi hadiah yang aku anggap sangat berharga..terima kasih kepada semua semoga doa yang korang ucapkan termakbul. kepada adik lelaki kesayang aku Mohd Hafizudin yang baru mula bekerja selamat menempuh alam pekerjaan yang sungguh mencabar kerana kau tidak biasa bekerja dan tinggal jauh dari mak dan ayah, kepada adik perempuan kesayangku Farahida teruskan usaha hasilkan baju gaun yang paling cantik untuk projek akhir kolej ko semoga berbaloi dengan usaha yang gigih, kepada kakak kesayangku Kak Nor teruskan pernigaan mu semoga dapat banyak untung, kepada abang kesayangku A.Lan rajin-rajinla kerja jangan sampai tak ingat dunia lak dan terakhir kepada abang sulung kesayangku Abang E, cepat-cepat khawin ye...dan teristimewa buat mak dan ayah semoga panjang umur untuk menjalankan ibadah dan untuk menanti hari Konvokesyen aku, K.nor dan adik Arah tahun depan.sekian......wasalam
Nukilan rasa: Sakura
tajuk: Ramadhan bersama hari lahirku...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Happy Bithday Kak Idah Yg. Ke-23. Semoga Dimurahkan Rezeki dan Dipanjangkan Umur. Amin..
BalasPadam