Khamis, 1 Oktober 2009
RAYA...
SELAMAT HARI RAYA untuk semua, dengan syawal ini semua diharapkan dapat menyucikan hati, memberi kemaafan dan sebagainya. Raya ni memang best, dapat jumpa saudara yang tak pernah kenal,kawan-kawan yang bertahun-tahun tak jumpa. Kira boleh lepaskan rindu la. walaupun kemeriahan syawal disekeliling, namun rindu pada arwah atuk tetap terasa. Atuk yang selalu memberi ceramahnya sudah tidak kedengaran lagi. Itulah dikatakan lumrah dunia setiap yang bernyawa pasti akan pergi jua..tidak lupa kepada kawan aku Ain yang turut kehilangan nenek yang tercinta sebelum syawal menjengah..aku harap dia lebih tabah untuk meneruskan hidup ini kerana aku juga pernah mengalami nasib yang sama.Kepada teman aku Mek walaupun raya tahun ini bagimu tidak semeriah dulu,tapi berdoalah agar keadaan pulih sedia kala. aku yakin kakak mu pasti kembali kesisi keluargamu yang tercinta kerana "air cincang tidak akan putus". Untuk rakan-rakan yang lain pastinya syawal ini disambut dengan gembira.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan