Selasa, 24 Mac 2009

BAHASAKU HILANG SERINYA

Dulu ia disanjung dan julang,
Dulu ia megah meniti di bibir setiap insan,
Dulu ia terkenal dan dihormati,
Mengapa kini kau hilang serinya,

Kini kau semakin terpinggir,
Kini tempat kau diganti dengan yang lain,
Kini ia hanya tertulis di atas kertas sahaja,
Kini ia menjadi musafir di bumi sendiri,

Adakah kerana bahasa asing lebih hebat,
Adakah kerana rendahnya bahasa sendiri,
Adakah kerana implikasi globalisasi,
Adakah kerana pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi(ICT),

Kau sebagai anak bangsa Melayu,
Kau sebagai penutur Bahasa Melayu,
Kau sebagai pewaris Bahasa Melayu,
Tegarkah kau melihat bahasamu dipersenda guraukan,

Aku pencinta bahasa Melayu yang setia,
Aku pewaris bahasa ku,
Aku pejuang bahasaku,
Akan aku pertahankan hingga nyawa dikandung badan.


Tajuk: Bahasaku hilang serinya.
Nulikan rasa: Sakura

1 ulasan:

  1. cubaan menulis puisi yang baik..boleh ditingkatkan lagi! hehe nampaknya cu kene belajar dengan kak la lepas ni..huhu

    BalasPadam