Sudah menjangkau 3 tahun pengajianku di UPSI ini. Dalam tempoh yang panjang itu pelbagai pengalaman dan ilmu serta pengajaran yang aku timba bersama-sama teman seperjuangan yang mempunyai seribu satu ragam yang sukar ditafsirkan melalui kata-kata. Namun kerana kepelbagaian itulah yang membuatkan hidupku bermakna bersama mereka dan menjadi titian sillatulrahim yang cukup erat.
Dalam kesibukan aku dan teman-teman menyiapkan tugasan dan menghadiri kuliah,aku dan teman-teman tidak ketinggalan untuk menjelajah bumi bertuah ini. Walaupun tidak semua tempat yang aku lawati tetapi cukup memberi kepuasan dalam diari hidupku untuk aku menceritakan kepada anak cucuku pada masa akan datang.
Keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa ini tidak dapat diucapkan dengan kata-kata cukuplah hanya mengucapkan “Subbahanallah” bertapa agungnya ciptaanmu untuk umat manusia menghayati dan mengingati kebesaranMu ya Allah..........
Sebagai insan yang lemah, bertapa kerdilnya aku rasakan ketika menyaksikan kuasa Allah yang maha hebatnya. Penyaksian tersebut membuatkan diriku insaf bahawa kita hanya insa biasa yang harus bersyukur dengan segala nikamat yang telah dikurniakan oleh Allah S.w.t.

Tajuk: Keinsafanku
Nukilan rasa: Sakura
Tiada ulasan:
Catat Ulasan